Tuesday 4 November 2014

TMK- Tahun 5 Sistem Rangkaian Dan Dunia Internet

Sistem rangkaian Dan Dunia Internet
1.4 Jenis rangkaian

LAN [Local Area Network]
Rangkaian Kawasan Setempat

LAN adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang.
Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.




MAN [Metropolitan Area Network]
rangkaian Kawasan Metropolitan.

Rangkaian MAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. Antara ciri – ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gebtian optic) dan menjangkau seluruh bandar.





WAN [Wide Area Network]
Rangkaian Kawasan Luas

WAN dalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya. Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di luar daripada Malaysia contohnya Singapura. Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.



PAN [Personal Area Network]
Rangkaian Kawasan Peribadi

Rangkaian PAN digunakan untuk komunikasi antara peranti komputer (termasuk telefon dan PDA) yang berhampiran dengan seseorang pengguna. Jarak rangkaian PAN hanya dalam beberapa meter sahaja. PAN boleh digunakan untuk komunikasi antara alat persendirian mereka sendiri (komunikasi intrapersendirian), atau untuk sambungan kepada rangkaian tahap tinggi dan Internet (laluan menaik).



VPN [Virtual Private Network]
Rangkaian Network Maya
Sebuah rangkaian yang menggunakan insfrastruktur telekomunikasi awam, seperti Internet, untuk membekalkan pejabat-pejabat jarak jauh atau pengguna persendirian dengan capaian selamat terhadap rangkaian organisasi mereka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sistem talian bermilik atau berpajak yang mahal tetapi boleh digunakan untuk satu organisasi sahaja. Matlamat VPN adalah untuk membekalkan organisasi terbabit dengan kebolehan selamat yang sama tapi dengan kos yang lebih rendah.



WLAN [Wireless LAN]
Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar

WLAN menggunakan electromagnetic airwaves (radio atau infrared) untuk menukarkan informasi dari satu node ke node lain tanpa  bergantung kepada sambungan  kabel rangkaian. Biasanya gelombang radio  digunakan sebagai pembawa kerana dapat menghantar data ke penerima dengan mudah. Data digital dihantar dengan menukar isyarat digital kepada signal analog. Ia kemudian dihantar melalui gelombang pembawa ke penerima dan diekstrak semula kepada isyarat digital.




WIMAX [Worldwide Interoperability For Microwave Acces]

Satu teknologi telekomunikasi yang bertujuan menawarkan data wayarles melalui jarak jauh dengan pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMAX berasaskan piawaian IEEE 802.16 yang juga dipanggil WirelessMAN. Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".




Sumber:
http://ms.wikipedia.org/


Welcome to myself.. and welcome to you to..

Welcome to myself.. and welcome to you too.. ^_^